icon-search
icon-search

Mengapa Madu Quad Tualang Emas ada berwarna kuning dan ada berwarna gelap? Berbezakah dari segi khasiatnya?

Mengapa Madu Quad Tualang Emas ada berwarna kuning dan ada berwarna gelap? Berbezakah dari segi khasiatnya?

Mengapa Madu Tualang Asli seperti Madu Quad  berbeza warna sudah dijelaskan oleh Tuhan Sekalian Alam,

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang BERMACAM-MACAM WARNANYA, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
(QS. Surat An-Nahl [16] : 68-69).

Pengalaman kami turun langsung ke hutan mengumpulkan madu tualang, jika lebah bersarang dikawasan hutan tanah rendah, berhampiran dengan pokok akasia, sawit, rawa-rawa gambut, biasanya warna madunya gelap.

Namun, sekiranya lebah bersarang di kawasan hutan tanah tinggi, pergunungan, kebun getah dan buah-buahan, termasuk kawasan pulau, biasanya madu yang dihasilkan berwarna kekuningan.

KHASIATNYA SAMA ATAU TIDAK ?

Bagi kami selagi ia kualiti 1000 bunga (multifloral hutan), sangat bagus buat memelihara kesihatan tubuh dan terapi penyakit.

Jadi, jangan pelik kalau Madu Tualang Quad memiliki warna yang pelbagai. Kalau kami jual madu sintetik, boleh lah warnanya seragam lantaran mereka pakai pewarna tiruan. Ini cerita madu hutan.

Lebih aneh, team kami pernah bertemu madu hutan yang warnanya jernih seakan mineral water!
Lokasinya di kawasan gua batu kapur dan bebatuan. Tapi jarang sekali.

Perhatian: Khusus madu hutan yang diambil di daerah Riau, Sumatera kami mendapati kadar Plumbum nya terlalu tinggi hingga tidak bagus diminum sebagai ubat. Hal ini terjadi disebabkan lokasi tersebut terdedah kepada pencemaran industri petroleum, gas dan sawit yang besar sehingga mempengaruhi air hujan, tanah dan udara.


Nak beli madu tualang asli golden atau black golden, boleh tekan link dibawah ya👇

https://www.maduquad.com/products/madu-quad-430g-madu-tualang-asli-430g



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping