icon-search
icon-search

Madu Lebah Tualang VS Madu Lebah Ternak

Madu Lebah Tualang VS Madu Lebah Ternak

MADU LEBAH TUALANG VS MADU LEBAH TERNAK YANG WAJIB ANDA TAHU!

Perbezaan amat ketara antara madu lebah ternak & madu lebah liar Tualang.

1. Beza spesis lebah

Lebah yang diternak adalah lebah jenis Apis cerana, Apis trigona, dan Apis melifera.

Sementara lebah Tualang atau dikenal sebagai Apis dorsata adalah lebah gergasi yang hidup liar dihutan. Ia tak mampu diternak oleh teknologi mana pun!

2. Beza nektar

Lebah ternak hanya mampu memungut nektar bunga diradius sekitar 1 kilometer (monofloral).

Sementara lebah Tualang mampu terbang diradius 10 km mengumpulkan jutaan nektar bunga hutan multifloral secara semulajadi. Ia juga merupakan ejen pendebungaan hutan Alam Melayu paling penting.

3. Sumber makanan utama.

Semua penternak lebah madu maklum bahawa semakin banyak lebah madu diberi makan air gula, maka produktiviti madu akan semakin meningkat (Lihat: Video 1 & 2)

Berbeza dengan lebah Tualang yang sumber makanan utamanya adalah nektar bunga hutan. (Lihat: Video 3)

4. Kaedah menuai

Penternak lebah madu hanya menuai madu dari kotak-kotak sarang yang diternak.

Sementara petani lebah Tualang harus mempertaruhkan nyawa memanjat gunung & pokok yang menjulang tinggi ke langit. Ia benar-benar pekerjaan yang amat berisiko tinggi.

5. Beza kualiti

Lebah ternak baik di Arab, China, Thailand, Australia dan tempatan kebanyakkannya diberi minum air gula.

Sementara kajian terkini terhadap kandungan antioksidan membuktikan bahawa madu Tualang mengandung lebih banyak asid fenolik dan flavanoid berbanding madu manuka dan madu tempatan Malaysia lainnya (Kishore, 2011)

Alasannya kerana lebah Tualang mengambil nektar dari bunga multiflora hutan belantara.

6. Beza fungsi

Madu ternak bagus dijadikan pengganti jem, kuih cornflakes, pengawet makanan & herba, perisa, dan pemanis.

Sementara Madu Tualang bagus dijadikan suplemen sehari-hari, kecerdasan minda, dan tujuan pengubatan.

.

1AAB003F-9530-4184-B0B3-A7409FD55D6F.jpeg

070D2068-5F63-4017-BAB2-7A7B2A4078A3.jpeg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping