icon-search
icon-search

Rawat scarbies dengan habbatussauda

Rawat scarbies dengan habbatussauda

"Bapa ini menceritakan bagaimana beliau mengubati penyakit scabies pada anak dengan habbatussauda."

Semoga memberi inspirasi kepada ahli farmasi, doktor, penyelidik, dan ilmuan Muslim untuk menjalankan kajian klinikal dengan lebih lanjut hubungan antara habbatussauda dan penyakit scabies dengan sample populasi yang lebih besar.

Secara umum,
.
.
.
....scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh kutu (mite) Sarcoptes scabiei yang mudah menular dari manusia ke manusia, dari haiwan ke manusia atau sebaliknya.

Jika keluarga anda mengalami perkara dibawah ini, kemungkinan sudah terkena Scabies:

1. Pruritus (gatal pada malam hari) kerana aktiviti kutu lebih tinggi pada suhu yang lebih lembab dan panas.

2. Dalam sebuah keluarga biasanya seluruh anggota keluarga terkena jangkitan. Begitu pula dalam sebuah perkampungan yang padat penduduknya, sebahagian besar jiran yang berdekatan akan diserang kutu tersebut.

3. Kunikulus (adanya semacam terowong) pada tempat-tempat jangkitan yang berwarna putih atau keabu-abuan, berbentuk garis lurus atau berbengkok, panjang puratanya kira-kira 1 cm, pada hujung terowong itu ditemukan bintik seperti jerawat (papul atau vesikel)

4. Tempat jangkitan biasanya di sela-sela jari tangan, pergelangan tangan, siku bagian luar, lipatan ketiak bahagian depan, areola mammae (wanita) dan lipatan glutea, punggung, alat kelamin lelaki, dan perut bahagian bawah. Pada bayi dapat menyerang tapak tangan dan tapak kaki bahkan seluruh permukaan kulit. Pada remaja dan orang dewasa dapat timbul pada kulit kepala dan wajah.

5. Terdapatnya kutu parasitik ini satu atau lebih stage hidup pada pemeriksaan makmal

--------------------
CARA PENCEGAHAN DAN RAWATAN
--------------------

Perlu diketahui, Scabies tidak boleh sembuh sendiri.

1. Mencuci bersih, bahkan sebaiknya cuci dengan air panas segala tuala, cadar maupun baju pesakit skabies, kemudian menjemurnya hingga kering di bawah panas terik matahari

2. Menghindari penggunaan baju, tuala, cadar secara bersama-sama.

3. Mengubati seluruh anggota keluarga, atau masyarakat yang terkena jangkitan untuk memutuskan rantai penularan penyakit

4. Mandi dengan air hangat dan sabun untuk menghilangkan baki-baki kulit yang mengelupas dan kemudian kulit dibiarkan kering.

5. Cegah datangnya lagi skabies dengan menjaga persekitaran agar tetap bersih dan sihat, ruangan jangan terlalu lembab dan wajib terkena sinar matahari serta menjaga kebersihan diri anggota keluarga dengan baik.

6. Sapukan minyak habbatussauda Habasyi99 sekerap mungkin, 3 - 4 kali sehari ke seluruh tempat jangkitan. Juga di minum 1 sudu teh x 3 sehari untuk atasi jangkitan sekunder.

"Tetaplah kamu berubat dengan Habbatussauda, kerana sesungguhnya di dalamnya mengandung bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali mati".

(HR Al-Bukhari)

credit kepada: Rozaini Mat Noor
.

FC2D7B38-8B12-489C-9819-18B22DE6F932.jpeg



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping