icon-search
icon-search

BEZA MADU TUALANG ASLI DAN MADU TIRUAN

BEZA MADU TUALANG ASLI DAN MADU TIRUAN

BEZA MADU TUALANG ASLI DAN MADU TIRUAN

LAGI UJIAN MADU ASLI YANG SALAH

Kadang saya ketawa lihat respon pelanggan yang telah tersihir dengan mitos, lagenda, dan dongeng bagaimana menentukan madu asli dan madu tiruan.

Maka, tak mustahil lah 3000 tan madu sintetik dari China, Vietnam, Australia diimport ke Malaysia tiap-tiap tahun!

Siapa yang consume madu-madu ini?

Hakikatnya,

1. Endapan itu bukanlah taburan gula pasir tapi endapan Bee Pollen (makanan kepada anak lebah) . Itulah antara karakteristik khas madu Tualang kerana 'Honey Cells' nya duduk dalam 1 sisir sarang.

2. Cair atau tidak tergantung nektar bunga di hutan. Iklim kita hujan dan panas sepanjang tahun. Tak mungkin madu yang dituai sekental madu Arab.

Tonton disini,

VIDEO BEZA MADU ASLI DAN MADU TIRUAN

Jika Tuan maukan yang kental, boleh beli Tualang Export 500 gr dimana kami sudah turunkan kadar air (moisture) madu <22% menggunakan teknik dehumidifier yang tidak merosak nutrisi madu.

 3. Jap. Berbuah atau berbuih ni? Berbuih atau tidak berbuih, itu tidak menjadi ukuran keaslian madu. Ia tergantung pada tekanan ketika goncangan atau fermentasi semulajadi madu.

4. Madu ternak seperti Acasia, Kelulut, Yamen, Manuka, bee honey dan Tualang Pahang (banyak kes campuran) memang tidak memiliki karakteristik khas seperti ini.

Kami sarankan Tuan menelaah ebook FAQ MADU cairan alam Melayu dan kompilasi madu Quad di YouTube sebagai pencerahan.

KOMPILASI VIDEO QUADMEDS DI YOUTUBE

5. Jangan risau. Kami akan ganti wang Tuan 3 kali ganda jika dapat dibuktikan bahawa ia madu palsu. Tetapi harus dengan bukti laporan makmal madu (UNIPEQ, MARDI, SGS, INSTITUT GENOM dll). Kos ujian makmal akan diganti jika benar ia palsu.

6. Boleh faham lebih lanjut kaedah-kaedah menentukan madu asli atau palsu dan kaedah yang terbaik daripada kaedah-kaedah tersebut. 

KAEDAH TERBAIK MENENTUKAN MADU ASLI ATAU PALSU


Pertama: Kaedah tradisional
========

1. Madu dititis diatas kertas surat kabar, tidak bocor.

2. Mancis lidi dicelup ke dalam madu, tetap boleh menyala bila di gesek

3. Madu campur telur, telur jadi seakan masak

4. Madu dititis ke dalam air, madu tidak BERCAMPUR.

5. Madu MEMBENTUK heksagon (sarang lebah) di atas piring isi air bila di GOYANG-GOYANGKAN. Ujian bodoh ini paling sering pemalsu madu demonstrasi kan.

6. Beli madu dari Ustaz atau selebriti.

7. Lihat label. Ada tulisan Arab, boleh beli.

Catatan: Kaedah dongeng ini tiada sandaran ilmiah sawma sekali bahkan sangat mudah ditiru.

Kaedah menentukan madu asli dengan cara traditional


Kedua: Kaedah moden
=========

1. Ujian makmal melibatkan kandungan Sukrosa (<10), enzim diastase(>3), HMF (<80), dan lain-lain indikator.

2. Ujian Total Phenolic Content iaitu mengukur kandungan antioksida dalam madu.

3. Bukti pensijilan dari badan-badan berautoriti seperti Institut Genom Malaysia.

Catatan: Kaedah ini banyak disarankan oleh pengkaji madu namun piawai Codex yang dipakai oleh makmal tersebut sudah mampu ditiru bulat-bulat oleh sindiket madu palsu antarabangsa. Dalam erti kata lain, mereka boleh 'by-pass' regulasi disetiap Negara.

kaedah menentukan keaslian madu asli dengan cara moden

Ketiga: Kaedah Sanad
==========

(1) Apakah penjual mempunyai Team Pemburu Madu Tualang sendiri yang aktif? Zaman sudah maju, ada tidak rakaman video tuai yang sentiasa dikemaskini? Apakah mereka boleh bekalkan Sarang Tualang sekali?

(2) Bolehkah mereka tunjukkan kilang/pusat penapisan sarang madu Tualang yang boleh dikunjungi? Apakah proses pembotolan produk madu dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?

Menurut pengalaman kami, kaedah pertama dan kedua sudah mampu ditiru oleh pemalsu madu. Namun 99.9% peniaga madu palsu gagal ujian Kaedah Sanad. 😁👍
.
.

Kaedah menentukan madu asli tualang dengan cara sanad

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan madu tualang asli Quadmeds boleh rujuk pada link dibawah😊👇

.

https://www.maduquad.com/pages/kelebihan-madu-quad



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping