icon-search
icon-search

Teknik Perahan Habasyi Premium Kualiti

Teknik Perahan Habasyi Premium Kualiti

Cara kita hasilkan minyak Habbatussauda perahan sejuk~




Bukan perahan panas ye tuan-tuan. Perahan sejuk ni kalau kita letak termometer dekat minyak yang baru keluar tu, suhu dia bawah 40 darjah celcius je. Kalau perahan panas, suhu nya diatas 70 darjah dan mesin pun berasap-asap. 


Kami memilih Habbatussauda Gred A1 HABASYI yang diimport dari Habsyah Ethiopia kerana berdasarkan banyak analisa makmal membuktikan jumlah bahan aktif timoquinone (TQ) Habasyi paling tinggi di dunia iaitu mencecah 5%, diikuti Suriy, Balady, Hindi, dan paling rendah adalah Turki. 


Kalau masuk bilik ni, mata kita pedih sebab aroma minyak volatile yang tajam. Bau biji nya saja sudah semerbak. Warna perahan pertama nya keemasan kemudian menggelap dengan sendirinya (disebut: self pigmentation). 


Jadi wajarlah Habbatussauda Habasyi ini mendapat permintaan tinggi di Eropah dan seluruh dunia. 


Mana yang dah cuba Habasyi99 dan edisi kapsul Habasyi88, InshaAllah dia tahu bezakan.


Harga terjangkau sebab kita press sendiri sudah.  Jelas sanadnya. Nampak mana biji, mana minyak. 100% original Habasyi. Tanpa campuran minyak bermutu rendah seperti pomace zaitun atau minyak murah Habbatussauda dari India.


"Ada peniaga licik yang memerah minyak habbatussauda lalu menjual hampasnya sebagai kapsul serbuk biji habbatussauda" 


"Di negara Arab mereka sering mencampur minyak habbatussauda dengan minyak zaitun bermutu rendah demi menjimatkan kos produksi. Biasanya, rasa pedas pahit pada habbatussauda mereka akan hilang dan akan senantiasa berwarna gold"


-------------

Ciri minyak Habbatussauda yang baik adalah seperti berikut:

--------------


1. Lengkap Certificate of Analysis dari mana Habbatussauda diimport


2. Rasa pedas bercampur pahit.


3. Perahan pertamanya berwarna terang lalu menggelap dengan sendirinya (self pigmentation). 


4. Habbatussauda ada tumbuh di banyak negara termasuk Malaysia disebut "jintan hitam" . Kualiti India disebut "Hindi/Kalonji" . Kualiti Syria disebut "Suriy". Kualiti Mesir disebut "Baladi". Kualiti Ethiopia disebut "Habasy". Namun berdasarkan analisa makmal, kualiti Habasyi adalah yang terbaik kerana memiliki jumlah Timoquinone paling tinggi dan sering diborong oleh syarikat kesihatan di eropah. Harga nya juga lebih tinggi dari yang biasanya. 


5. Jelas dimana tempat biji Habbatussauda diperah. Sama ada perahan sejuk (cold pressed) atau perahan panas (hot pressed). 


----------------

CARA TERBAIK AMAL HABBATUSSAUDA 

-----------------


Pencegahan:


Cukup 1 sudu teh sahaja sebelum sarapan pagi


Pengubatan:


Kanak-kanak

1 sudu teh 3 kali sehari (tiap 8 jam)


Dewasa

1 sudu besar 3 kali sehari (tiap 8 jam)


Sebaiknya amalkan Habbatussauda minyak saat perut kosong. Tetapi jika ada masalah gastritis, amalkan lah selepas makan. Atau campur dengan zaitun/Madu dengan nisbah yang sama.


Habasyi99 lengkap dengan Pensijilan MeSTI KKM. 


Selamat beramal.



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping