"Madu dan Bayi"
Ada pendapat yang popular bahawa madu tidak boleh diberikan pada bayi dibawah umur 1 tahun kerana mengandungi bakteria Clostridium botulinum, iaitu bakteria yang menghasilkan racun botulinin, seringkali terdapat pada makanan dalam tin.
Setakat ini, kajian kuno (Midura TF et al, 1979) itu sahaja lah yang dirujuk oleh para penganut pendapat itu dalam membuktikan 'causal relationship' atau hubungan sebab akibat antara madu dan penyakit infant botulism kerana mereka terus isolasi spora C. Botulism dari usus bayi.
Malangnya, kajian tersebut tidak menyatakan secara jelas kaedah
pembungkusan yang digunakan pada sample madu yg dinyatakan positif mengandungi bakteria C. Botulinum.
Menurut WHO dan beberapa buku menjelaskan bahawa Sindrome botulism disebabkan oleh faktor kebersihan yang buruk dan pemakaian tin aluminium sebagai pembungkusan. Bermakna, bukan hanya madu tetapi daging, ikan, sayur, susu formula, dan buah-buahan yang berasal dari alam pun memiliki risiko yang sama mengandung spora C. Botulinum. (WHO: Botulism, 2013 dan Brett MM. et al, 2005)
Malah, sekumpulan doktor dari Hospital Kebangsaan Al Kafji, Saudi Arabia telah mengkaji sampel yang jauh lebih besar iaitu 220 sampel madu dari pelbagai negara dan wawancara dengan keluarga dari 1500 bayi lebih yang di beri madu sejak lahir. Penyelidikan ini membuktikan TIDAK ADA SATU PUN madu yang tercemar C. Botulinum dan tidak ada satupun bayi yang menderita penyakit botulism kerana madu. (Rahman AM, 2005)
Pada tahun 2003, penyelidik yang sama dari Universiti Ain Syams Mesir itu membuat kajian yang lebih berani, "Bee Honey Nebulization as a Non Traditional Treatment of Acute Bronchial Asthma in Infants & Children". Penyelidikan ke atas Madu yang melibatkan 300 sampel bayi dan kanak-kanak itu telah diterbitkan semula oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007. Hasilnya, 35% masalah wheezes pulih dan 31% menurun dengan ketara. Tiada sebarang kes botulism dilaporkan.
Malah terdapat lebih 8000 artikel dalam journal perubatan antarabangsa, PubMed dan 500 textbook seluruh dunia yang membahas khasiat Madu. Antaranya menyebutkan, dalam madu hutan Nusantara kita
mempunyai aktiviti antibakterial semulajadi sehingga mampu membunuh bakteria MRSA (Diah K.P, 2012)
Allah berfirman, "....Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir". (Surah An- Nahl: 69).
Bagi kita umat Islam, kebaikan madu diperjelas lebih lanjut dalam hadith Bukhari, ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi Aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”
Bagaimanapun, dos pemberian madu pada bayi di bawah umur 1 tahun yang disarankan adalah cukup ditahnik dan diberikan bila perlu sahaja. Boleh juga dengan cara dilarutkan madu dengan air minum perbandingan 1:4
Berdasarkan keterangan diatas, tiada masalah untuk beri madu pada anak bawah 2 tahun, tetapi andai ada individu yang tidak setuju dengan pendapat ini, boleh terus amalan seperti biasa tetapi pada masa yang sama tidak perlu menentang individu lain yang berfahaman sebaliknya kerana masing-masing ada hujah tersendiri.
Berlapang dada dalam perbezaan itu perlu. Apa yang pasti, madu sememangnya sudah terkenal selama ribuan tahun membantu atasi masalah kesihatan manusia tanpa mengira usia.
Madu dan bayi
← Older post Newer post →