icon-search
icon-search

Apakah Maksud Madu Quad?

Apakah Maksud Madu Quad?

Bagi memastikan madu asli dari lebah tualang yang mempunyai terlalu banyak khasiat pada kesihatan kita, mari kita ketahui lebih jelas mengapa madu asli keluaran Quadmeds ini diberikan nama dengan "Madu Quad".

Apakah maksud Madu Quad?

Nama 'Madu Quad' dipilih kerana terinspirasi dengan kekuatan lebah terbesar dunia, Apis Dorsata mengumpulkan madu asli dari 1001 multiflora bunga hutan tertua dan terkaya ini yang memberi pelbagai khasiat pada tubuh badan manusia. 


“Madu asli dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berhubung kait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dihisap oleh lebah”                

(Ibnu Qayyim al- Jauziyyah, dalam kitab at-Thibb Nabawi)


 Apis Dorsata adalah lebah pembunuh "killer bee" yang terbesar di dunia. Sehingga ke hari ini, ia belum mampu diternak atau di tundukkan oleh teknologi manusia mana pun.

Kemampuan lebah ini terbang sejauh radius 3 km dari sarang, menghisap 1001 nektar bunga herba hutan yang tidak mampu dilakukan oleh lebah ternak biasa seperti Apis Melifera, Apis Cerana atau Apis Trigona (kelulut)

Koloni lebah gergasi ini juga mampu membina puluhan bahkan ratusan sarang di sebatang pohon hutan. Setiap pohon hutan yang ada sarang lebah ini akan dinamakan sebagai pohon Tualang. Lebah ini hanya bersarang di pohon hutan yang tinggi menjulang ke langit dan terdapat aliran sungai berhampirannya

Petani madu hutan dapat menuai, untuk sebatang pohon sahaja boleh mencapai 200 kg hingga 1 tan madu lebah mengikut musim. Berdasarkan pengalaman kami, lebah ini mampu membina semula sarang setelah 3 minggu ia dituai.





Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping